Taman permainan pun dah tak selamat!
BANQIAO - Seorang kanak-kanak menerima tiga jahitan di tangan akibat terluka ketika bermain papan gelongsor di taman permainan di daerah Banqiao, Taipei, Taiwan.
Kanak-kanak itu menjadi mangsa seorang individu tidak bertanggungjawab yang meletakkan besi tajam di lokasi kejadian sehingga menyebabkan kecederaan, lapor Setn.
Bapa kepada kanak-kanak itu memuat naik beberapa keping gambar papan gelongsor menerusi laman Facebooknya meminta orang ramai agar lebih berhati-hati.
Menerusi gambar berkenaan, kelihatan darah dipercayai milik anaknya yang terluka pada alat permainan itu.
Gambar dimuat naik tular itu tular di media sosial dan mendapat perhatian pihak polis yang bertindak menjalankan siasatan.
Pihak polis dalam satu kenyataan memberitahu, hasil siasatan mendapati perkara tersebut dilakukan seorang lelaki berusia 20 tahun ketika melepak bersama rakan-rakannya di taman tersebut.
"Kita telah mengenal pasti suspek yang melakukan perbuatan itu yang harus diambil tindakan kerana telah mengundang kecederaan kepada kanak-kanak.
"Saya tidak menyangka individu tersebut akan melakukan perkara itu dan kes itu telah dipindahkan ke jabatan penyiasatan untuk siasatan terperinci," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!