Pejabat Parlimen sedia bantuan kepada Hospital Papar - Armizan

Armizan
Armizan
A
A
A

KOTA KINABALU - Pejabat Parlimen Papar menyediakan pelbagai bantuan kepada Hospital Papar yang terjejas akibat kebakaran malam tadi, kata Ahli Parlimennya, Datuk Seri Armizan Mohd Ali.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata, pihaknya membekalkan makan dan minuman kepada pesakit berikutan bahagian dapur hospital itu turut terjejas.

Beliau berkata, pada malam tadi, sejumlah khemah sementara telah didirikan untuk menempatkan pesakit dan petugas hospital.

"Sejurus mendapat makluman, saya terus meminta petugas Parlimen Papar turun padang membantu mangsa terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, kebakaran itu memusnahkan stor perubatan farmasi manakala bangunan bilik sajian makanan terkena bahang kebakaran terbabit.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 7.02 malam sebelum 37 anggota bomba dari BBP Papar dan BBP Kimanis digegaskan ke tempat kejadian.

"Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) juga melakukan pemeriksaan di lokasi kebakaran. Api berjaya dikawal pada 8.46 malam dan operasi ditamatkan pada 11.20 malam,” katanya sambil menambah kebakaran itu tidak melibatkan kemalangan jiwa. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!