Pembantu penguasa Kastam didakwa terima rasuah warga Bangladesh

Seorang pembantu penguasa JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas satu pertuduhan menerima RM900 untuk pelepasan ubat-ubatan daripada warga Bangladesh, tahun lalu. Gambar hiasan
Seorang pembantu penguasa JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas satu pertuduhan menerima RM900 untuk pelepasan ubat-ubatan daripada warga Bangladesh, tahun lalu. Gambar hiasan
A
A
A

SEPANG – Seorang pembantu penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas satu pertuduhan menerima RM900 untuk pelepasan ubat-ubatan daripada warga Bangladesh, tahun lalu.

Kufariz Iskandar Zulkifli, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menerima ganjaran atau balasan wang itu daripada sembilan individu warga Bangladesh untuk pelepasan ubat-ubatan sewaktu pemeriksaan bagasi.

Kesalahan didakwa dilakukan di cawangan pemeriksaan penumpang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada jam 1.30 petang, 14 November tahun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 137(1)(b) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 137(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda maksimum RM500,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ia termasuk ditahan daripada memegang jawatan dalam perkhidmatan awam Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan di mana-mana Negeri.

Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Akhilah Rosmi sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan 16 Disember ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!