[VIDEO] 'Siapa nak jaga anak-anak jika saya tiada' - Pesakit kanser


Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/696125/edisi/kelantan/siapa-nak-jaga-anak-anak-jika-saya-tiada---pesakit-kanser

Muzik: 'Sad Day' dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #kelantan #bantuan #pesakitKanser" />
A
A
A

PASIR MAS - Sudah jatuh, ditimpa tangga begitulah nasib seorang ibu yang diuji dengan penyakit kanser pangkal rahim tahap empat sejak empat tahun lalu dan kini menunggu masa untuk diceraikan.

Norazah Abdullah, 50, berkata, bakal bergelar ibu tunggal ketika terlantar cukup perit buatnya tambahan pula tiga anak masih kecil.

"Sebelum ini saya masih sihat dan mampu membuat kuih untuk mencari rezeki.

"Namun sejak awal tahun ini kesihatan saya semakin merosot dan hanya terbaring, hendak berjalan pun sukar, apatah lagi menguruskan anak-anak," katanya ketika ditemui di Kampung Belukar, Aur China di sini pada Selasa.

Norazah yang kini terlantar bimbang memikirkan nasib tiga anak yang masih kecil.
Norazah yang kini terlantar bimbang memikirkan nasib tiga anak yang masih kecil.

Norazah mendakwa, lebih menyedihkan suaminya mahu menceraikannya sekali gus kesemua anak yang berusia 7 hingga 10 tahun di bawah jagaannya.

Ujarnya, disebabkan itu dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman dari Muar, Johor ke Pasir Mas kerana tiada tempat untuk bergantung.

Tambah dia, hanya keluarga di kampung boleh diharapkan dan kini adiknya, Abdul Aziz Abdullah, 46, yang mengambil alih menjaga keluarga.

Artikel Berkaitan:

"Saya sebak bila memikirkan anak-anak terpaksa berhenti sekolah dan berpindah ke Pasir Mas. Dalam keadaan saya begini hanya doa yang mampu kuatkan semangat.

"Bagaimanapun ALLAH mendengar rintihan saya apabila pihak PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) Pasir Mas telah datang ke rumah dan mereka bersedia menguruskan hal persekolahan anak-anak. Mereka dijangka mula bersekolah kembali Ahad ini," katanya.

Menurut Norazah, ketiga-tiga anaknya itu merupakan hasil perkahwinan keduanya pada 10 tahun lalu.

Anak-anak Norazah berusia 7 hingga 10 tahun akan mula bersekolah Ahad ini hasil bantuan PPD Pasir Mas.
Anak-anak Norazah berusia 7 hingga 10 tahun akan mula bersekolah Ahad ini hasil bantuan PPD Pasir Mas.

Ujar ibu tujuh orang anak itu, untuk perkahwinan pertama dia mempunyai empat orang zuriat berusia 23 hingga 31 tahun dan kesemua mereka telah membawa haluan masing-masing.

Bercakap mengenai penyakitnya, wanita terbabit memberitahu, dia sudah tidak mahu meneruskan rawatan selepas menjalani radioterapi sebanyak 30 kali di Hospital Sultan Ismail, Johor.

"Sekarang ini fokus saya pada anak-anak, bukan kerana berputus asa tetapi dengan keadaan sekarang siapa yang boleh diharapkan," katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada Norazah sekeluarg boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank 154053509544.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!