'Saya sertai Bersatu bukan mahu jawatan menteri'

Hassan menunjukkan manifesto dan juga buku yang pernah ditulisnya yang bakal dijadikan panduan untuk memastikan perubahan di Kelantan.
Hassan menunjukkan manifesto dan juga buku yang pernah ditulisnya yang bakal dijadikan panduan untuk memastikan perubahan di Kelantan.
A
A
A

KOTA BHARU - Bekas veteran UMNO, Datuk Hassan Harun yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan bakal bertanding jawatan Ketua Bahagian Bersatu Pengkalan Chepa tidak menjadikan jawatan menteri atau timbalan menteri sebagai fokus utama untuk terlibat dalam pemilihan itu.

Hassan berkata, keputusan tersebut dibuat berdasarkan kemampuan beliau menyumbang buah fikiran dan idea untuk membawa perubahan besar di Pengkalan Chepa termasuk isu pendidikan.

Selain itu menurutnya, tindakannya tersebut juga akan memudahkan pucuk pimpinan di peringkat nasional untuk memilih pemimpin yang benar-benar layak memikul tanggungjawab lebih besar.

“Berkemungkinan kalau (saya) menang memudahkan pucuk pimpinan membuat keputusan. Cara hendak naik untuk jawatan lebih besar ini ia boleh dilantik menerusi senator.

“Saya pernah menjadi senator. Itu kemungkinanlah (tetapi) itu bukan tujuan saya bertanding ini,” katanya kepada media hari ini ketika ditemui sempena Jom Santai Bersama Datuk Hassan Harun, Pelancaran Manifesto dan Memperkenalkan Calon di Restoran Cerana Pengkalan Datu.

Hassan Harun
Hassan Harun

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, bekas Ahli Tertinggi UMNO itu juga memberitahu, faktor utama mendorong beliau menyertai pertandingan tersebut kerana berhasrat melihat perubahan lebih bermanfaat untuk rakyat Kelantan.

“Saya sangat terasa negeri Kelantan ini banyak ketinggalan dan saya juga pernah menulis buku bertajuk Kelantan Rakyat Dinamik Negeri Ketinggalan. Ini isu yang amat besar kerana Kelantan memang jauh ketinggalan berbanding negeri lain.

“Dulu saya tulis buku ini untuk UMNO kerana arahan Tun Dr Mahathir Mohamad. Buku ini masih lagi relevan sebab ia menerangkan bagaimana rakyat Kelantan menderita.

"Ia juga mengandungi gambaran bagaimana bandar Kota Bharu boleh berubah pada masa depan dan banyak lagi yang berguna untuk Kelantan,” katanya.

Hassan yang juga Pengasas Kolej Wadi Sofia berkata, beliau optimis dipilih sebagai Ketua Bahagian Bersatu Pengkalan Chepa memandangkan sumbangannya terhadap penduduk di kawasan tersebut sebelum ini.

Hassan, 74 tahun, sebelum ini keluar UMNO dan menyertai Bersatu pada November 2018.

Ketika bersama UMNO, Hassan pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Operasi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Dalam pada itu, beliau yang akan bertanding dalam perlawanan tiga penjuru pada 15 Februari ini turut mengemukakan lima manifesto iaitu melestarikan pendidikan cemerlang, merancakkan pelancongan domestik, merangsang ekonomi setempat, memperkasakan gabungan tiga universiti di Kelantan (Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara) dan memartabatkan budaya warisan bangsa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!