[VIDEO] JIM cekup PATI 'berkhemah' dalam belukar

A
A
A

MELAKA - Taktik beberapa pendatang tanpa izin (PATI) tidur dalam khemah di kawasan belukar bagi mengelak dicekup pihak berkuasa tidak berhasil apabila ditahan dalam operasi di Jalan Tambak Bugis, Telok Mas di sini, awal pagi Selasa.

Serbuan yang dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka kira-kira jam 1 pagi itu, telah menahan seorang lelaki warga Myanmar yang sedang nyenyak tidur dalam khemah berwarna hijau dengan memakai baju dan berkain pelekat.

Lelaki berusia 20-an yang terpinga-pinga dan tidak boleh berbahasa Melayu itu antara 12 PATI warga Myanmar yang berjaya ditahan di tapak projek pembinaan sebuah rumah banglo setingkat itu.

Papan nipis yang digunakan sebagai tempat tidur oleh PATI di dalam sebuah belukar di di Jalan Tambak Bugis, Telok Mas di sini, awal pagi Selasa.
Papan nipis yang digunakan sebagai tempat tidur oleh PATI di dalam sebuah belukar di di Jalan Tambak Bugis, Telok Mas di sini, awal pagi Selasa.

Selain didirikan dua buah khemah, terdapat juga kain kanvas putih yang telah ditutupi dan dijadikan tempat tidur oleh PATI dengan menggunakan besi perancah dan papan nipis.

Difahamkan kesemua mereka bekerja sebagai buruh binaan bagi projek pembinaan rumah terbabit yang dipercayai diuruskan oleh seorang lelaki warga Bangladesh bernama Jo.

Tinjauan mendapati lokasi penginapan PATI yang terletak bersebelahan banglo yang dianggarkan telah siap 70 peratus itu juga dilengkapi kemudahan dapur serta peti sejuk, selain terdapat sebuah stor khas yang digunakan untuk menyimpan pelbagai peralatan pertukangan.

Besi perancah yang diguakan untuk dijadikan tempat tidur selain ditutupi dengan kain kanvas berwarna putih.
Besi perancah yang diguakan untuk dijadikan tempat tidur selain ditutupi dengan kain kanvas berwarna putih.

Artikel Berkaitan:

Ketika pemeriksaan anggota penguat kuasa turut menemukan seorang lelaki yang sedang nyenyak tidur dalam rumah banglo tersebut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka, Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata,

operasi bermula jam 10 malam hingga 3 pagi itu telah memeriksa seramai 42 warga asing, daripada jumlah itu 14 orang ditahan termasuk empat wanita.

Sebahagian warga Myanmar yang ditahan dalam operasi JIM di Jalan Tambak Bugis, Telok Mas di sini, awal pagi Selasa.
Sebahagian warga Myanmar yang ditahan dalam operasi JIM di Jalan Tambak Bugis, Telok Mas di sini, awal pagi Selasa.

Menurutnya, mereka yang ditahan termasuk lapan lelaki dan seorang wanita warga Myanmar, dua wanita warga Thailand dan dua lelaki serta seorang wanita warga Indonesia di lapan lokasi serbuan berasingan sekitar daerah Melaka Tengah.

"Pemeriksaan lanjut mendapati mereka ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!