Mayat ibu dibalut dengan tuala, plastik letak dalam peti sejuk beku

Sebuah peti sejuk beku yang dipercayai dijadikan tempat menyimpan mayat mangsa dirampas polis di sebuah kediaman di Taman OUG, Kuala Lumpur pada Selasa.
Sebuah peti sejuk beku yang dipercayai dijadikan tempat menyimpan mayat mangsa dirampas polis di sebuah kediaman di Taman OUG, Kuala Lumpur pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Memang sudah lama tidak nampak dia (mangsa), saya ingatkan mungkin dia pulang kampung atau balik rumah lain dan tidak tinggal dengan anaknya lagi."

Itu kata seorang jiran selepas mengetahui terdapat kes kematian dipercayai akibat pembunuhan di sebuah kediaman dua tingkat di Taman OUG, di sini.

Lelaki berusia lingkungan 30-an yang enggan dikenali berkata, dia sangat terkejut selepas melihat ambulans dan beberapa anggota polis tiba di kediaman terbabit.

"Sangat terkejut bila tahu ada kes ini.

"Pagi tadi nampak ada polis dan ambulans datang. Saya duduk sini sejak kecil dan ini kejadian paling besar berlaku," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Selasa.

Keadaan di lokasi kejadian bunuh di Taman OUG, Kuala Lumpur pada Selasa.
Keadaan di lokasi kejadian bunuh di Taman OUG, Kuala Lumpur pada Selasa.

Tambahnya, difahamkan suspek telah menetap di rumah itu sejak lebih 10 tahun.

Katanya, sebelum ini memang ada beberapa kes cubaan pencuri masuk rumah dan sebagainya, namun tidak sangka berlaku tragedi sebegini.

Artikel Berkaitan:

"Suspek seperti biasa, kalau jumpa saya, penduduk lain pun dia akan tanya khabar, angkat tangan... macam biasa sahaja," ujarnya.

Peti sejuk beku yang dirampas polis untuk dijadikan bahan bukti bagi kes pembunuhan di Taman OUG, Kuala Lumpur.
Peti sejuk beku yang dirampas polis untuk dijadikan bahan bukti bagi kes pembunuhan di Taman OUG, Kuala Lumpur.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan perbuatan kejam seorang lelaki yang tergamak membunuh ibunya berusia lingkungan 80-an sebelum disimpan di peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, di sini.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dipercayai terbongkar selepas suspek membuat panggilan 999 kira-kira jam 9 pagi akibat masalah kesihatan kronik.

Difahamkan, suspek lelaki berusia 50-an itu membunuh ibunya di kediaman mereka pada Mac 2021. Mangsa kemudian dibalut dengan tuala dan plastik sebelum diletakkan di dalam peti sejuk beku tersebut.

Kehadiran pihak polis dan ambulans mengejutkan penduduk yang tidak menyangka berlaku kejadian bunuh di taman tersebut.
Kehadiran pihak polis dan ambulans mengejutkan penduduk yang tidak menyangka berlaku kejadian bunuh di taman tersebut.

Motif kejadian dipercayai berkaitan perselisihan fahaman agama.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan kes terbabit dan kes dalam siasatan.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati terdapat sepasukan polis membuat kawalan di lokasi kejadian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!