Polis lepas tembakan, tahan suspek curi kabel

Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan apabila sebuah kereta dinaiki empat suspek curi kabel bertindak agresif cuba merempuh kenderaan anggota di Jalan Ulu Kenderong-Tanjung Kala di sini, pada Selasa. Gambar hiasan (Gambar kecil: Zulkifli)
Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan apabila sebuah kereta dinaiki empat suspek curi kabel bertindak agresif cuba merempuh kenderaan anggota di Jalan Ulu Kenderong-Tanjung Kala di sini, pada Selasa. Gambar hiasan (Gambar kecil: Zulkifli)
A
A
A

GERIK - Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan apabila sebuah kereta dinaiki empat suspek curi kabel bertindak agresif cuba merempuh kenderaan anggota di Jalan Ulu Kenderong- Tanjung Kala di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, maklumat awal diterima pada jam 3.40 pagi berhubung tindakan empat lelaki yang sedang memotong kabel milik Telekom Malaysia (TM) di Kampung Padang Kunyit di sini.

Menurut beliau, bertindak atas maklumat, Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Gerik menaiki dua kenderaan polis berjaya mengesan kereta suspek jenis Perodua Axia.

"Kenderaan pasukan kemudian mengekori kereta suspek hingga ke Jalan Ulu Kenderong - Tanjung Kala. Anggota telah mengarahkan suspek untuk berhentikan namun suspek bertindak memecut kenderaannya.

"Kenderaan polis dinaiki empat anggota cuba memintas kereta tersebut tetapi suspek memandu dalam keadaan berbahaya cuba melanggar kenderaan pasukan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Zulkifli berkata, sebagai langkah mempertahankan diri, satu das tembakan telah dilepaskan ke arah tayar kanan kereta suspek.

"Polis berjaya menangkap dua suspek berusia 20-an manakala dua lagi telah melarikan diri. Usaha mengesan suspek berkenaan sedang giat dijalankan.

"Pemeriksaan lanjut telah menemui sepeket dadah jenis syabu. Perintah reman selama tujuh hari telah diperoleh ke atas dua suspek terbabit," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 307/379 Kanun Keseksaan, Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!