GISBH: Mudir, timbalan didenda RM1,700 urus sekolah agama tanpa perakuan
12 November 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Seorang mudir dan pengerusi sebuah madrasah yang mempunyai kaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) didenda masing-masing RM1,700 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Seremban pada Selasa atas pertuduhan menguruskan sekolah tanpa perakuan pendaftaran, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli.
Hakim, Zulfikri Yasoa menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Ahmad Azam Jaafar, 46, dan Lutfi Mohamad Hamin, 58, yang masing-masing mempunyai dua isteri serta 15 dan 12 anak selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #GISBH #Mahkamah