Mayat ibu dalam peti sejuk beku: Polis tahan anak mangsa

Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis menemui mayat seorang wanita yang disimpan dalam peti sejuk beku selepas dipercayai dibunuh oleh anaknya sejak 2021 di sebuah rumah di Jalan Klang Lama di sini pada Selasa.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis menemui mayat seorang wanita yang disimpan dalam peti sejuk beku selepas dipercayai dibunuh oleh anaknya sejak 2021 di sebuah rumah di Jalan Klang Lama di sini pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan ibunya di sebuah kediaman di Taman OUG di sini pada Selasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, suspek warga tempatan berusia 53 tahun itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat seorang wanita pada jam 8.48 pagi di dalam peti sejuk beku.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian itu diminta untuk menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan penemuan mayat seorang wanita berusia lingkungan 80-an yang dipercayai 'disimpan' dalam peti sejuk beku selepas dibunuh pada Mac 2021.

Kejadian itu dikatakan terbongkar selepas suspek iaitu anak mangsa membuat panggilan kecemasan selepas dirinya menghadapi masalah kesihatan kronik.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!