Simpan tong sampah dalam rumah elak hanyut ketika banjir

Sharudin (tiga kiri) menyaksikan gimik perasmian yang dilakukan Yusof pada majlis penyampaian hadiah pertandingan kitar semula sekolah rendah dan menengah peringkat Pahang di sini pada Selasa.
Sharudin (tiga kiri) menyaksikan gimik perasmian yang dilakukan Yusof pada majlis penyampaian hadiah pertandingan kitar semula sekolah rendah dan menengah peringkat Pahang di sini pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang menasihatkan penduduk supaya menyimpan tong sampah di dalam kawasan rumah bagi mengelakkan ia hanyut ketika banjir.

Pengarahnya, Sharudin Hamid berkata, peringatan itu dibuat bagi mengurangkan masalah kehilangan tong sampah yang berulang setiap kali berlaku bencana.

Menurutnya, pada banjir besar 2021, sebanyak 19,209 tong sampah bersaiz 120 liter, 240 liter dan 660 liter telah rosak dan dibawa arus banjir.

"Jadi, saya saran kepada masyarakat dan penduduk bersama- sama membantu kita (SWcorp) memastikan tong sampah yang diberikan secara percuma itu diletakan di lokasi sebaiknya.

Sharudin dan Yusof bersama pemenang pada majlis penyampaian hadiah pertandingan kitar semula sekolah rendah dan menengah peringkat Pahang di sini pada Selasa.
Sharudin dan Yusof bersama pemenang pada majlis penyampaian hadiah pertandingan kitar semula sekolah rendah dan menengah peringkat Pahang di sini pada Selasa.

"Selain dokumen pengenalan diri, tong sampah juga penting. Jika hilang kita memang akan ganti dengan tong baru, tetapi proses ini mengambil masa yang lama, selain kosnya tinggi iaitu sekitar RM100 ke RM120 untuk seunit tong sampah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan kitar semula sekolah rendah dan menengah peringkat Pahang di sini pada Selasa.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Pahang, Yusof Kasim.

Artikel Berkaitan:

Mengenai persiapan Monsun Timur Laut (MTL), Sharudin memberitahu, pihaknya mengarahkan Alam Flora dan kontraktor terlibat untuk mengenal pasti kawasan tumpuan banjir supaya melakukan pembersihan secara intensif.

Katanya, kerja- kerja itu melibatkan pembersihan longkang secara berkala, iaitu sebulan sekali dilakukan secara lebih kerap.

Beliau menambah, SWcorp juga terlibat secara langsung dalam operasi dan proses pembersihan pasca banjir menerusi kerjasama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di setiap daerah dan agensi berkaitan.

"Kerja-kerja pembersihan akan dilakukan di kawasan tumpuan banjir dengan memindahkan sampah di pusat transit berhampiran, sebelum dipindahkan ke pusat pelupusan sampah," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!