GM Klang jangka pengunjung meningkat dua kali ganda

Seng Kok (dua dari kanan) dan Suee Lim (tengah) melancarkan Kempen Istimewa GM Klang Sempena Tahun Melawat Selangor 2025 di sini pada Selasa. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID
Seng Kok (dua dari kanan) dan Suee Lim (tengah) melancarkan Kempen Istimewa GM Klang Sempena Tahun Melawat Selangor 2025 di sini pada Selasa. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KLANG - Pusat Borong GM Klang (GM Klang) menjangkakan kehadiran pengunjung dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa akan meningkat dua kali ganda pada tahun hadapan menerusi pelbagai kempen istimewa yang akan dilaksanakan sempena Tahun Melawat Selangor 2025.

Pengarah Urusannya, Datuk Lim Seng Kok berkata, rangkaian kempen yang mendapat sokongan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan Tourism Selangor itu bertujuan memperkasakan sektor pelancongan di Selangor dan menjadikan negeri tersebut sebagai daya tarikan pelancong.

Seng Kok (kanan) dan Suee Lim (tengah) memotong kek sempena ulang tahun GM Klang ke-15 dalam Majlis Pelancaran Kempen Istimewa GM Klang Sempena Tahun Melawat Selangor 2025 di sini pada Selasa. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Antara kempen-kempen yang akan berlangsung ialah 'Ke Mana Kita Lepas Borong?' yang direka khas untuk menggalakkan pengunjung mempromosikan tempat pelancongan lain di sekitar Selangor.

"Untuk menyertai kempen ini, pengunjung perlu memuat naik dua gambar mereka di GM Klang dan juga mana-mana destinasi pelancongan lain sekitar Selangor bersama dengan kapsyen yang kreatif.

"Kempen lain ialah 'Check-in, Spend-in, Type-in & Win!' yang menggalakkan orang ramai supaya berkunjung dan berbelanja sebanyak RM200 di GM Klang untuk berpeluang memenangi hadiah menarik," katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kempen Istimewa GM Klang Sempena Tahun Melawat Selangor 2025 di sini pada Selasa.

Seng Kok (dua dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Suee Lim (tengah) ketika Majlis Pelancaran Kempen Istimewa GM Klang Sempena Tahun Melawat Selangor 2025 di sini pada Selasa. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

Majlis itu juga telah dirasmikan oleh Exco Kerajaan Tempatan & Pelancongan Negeri Selangor, Datuk Ng Suee Lim.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Seng Kok berkata, pihaknya turut menawarkan insentif membeli-belah sebanyak RM500 setiap bulan bermula 2025 bagi pengunjung yang bertuah.

Tambahnya lagi, lagu tema GM Klang dalam versi bahasa Inggeris turut dilancarkan bagi meluaskan mesej kepada pengunjung antarabangsa bertepatan dengan ulang tahun pihaknya yang ke-15 pada tahun ini.

Seng Kok (kanan) dan Suee Lim (kiri) ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Istimewa GM Klang Sempena Tahun Melawat Selangor 2025 di sini pada Selasa. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Lagu tema ini bakal dipromosikan dengan lebih meluas melalui TikTok Challenge bermula hujung November ini dengan usaha menaikkan penguasaan penggunaan #VisitSelangor2025.

"Dengan usaha berterusan ini, diharapkan ia menjadi pemangkin untuk membangunkan lagi sektor pelancongan Selangor dan memperkukuhkan peranan GM Klang sebagai Duta Pelancongan Bandaraya Diraja Klang.

"Selain itu, GM Klang turut terlibat dalam kempen 'Malaysia Year End Sale' anjuran Tourism Malaysia di mana pemborong terpilih bakal mengadakan promosi hebat dan jualan penghabisan stok bermula 20 Disember ini sehingga 5 Januari 2025," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!