Jobe ikut jejak Jude ke Dortmund?

Jobe Bellingham - Foto: Agensi
Jobe Bellingham - Foto: Agensi
A
A
A

BINTANG Sunderland, Jobe Bellingham berkemunkinan mengikuti jejak abangnya, Jude Bellingham apabila pemain berusia 19 tahun itu dikaitkan potensi ke kelab Bundesliga, Borussia Dortmund.

Selepas Jude mencipta impak di Jerman diikuti perpindahan berprofil tinggi bersama gergasi La Liga, Real Madrid, Dortmund kini dikhabarkan mengintai khidmat Jobe.

Jude sebelum itu mencipta perpindahan sensasi dari Birmingham City ke Dortmund di usia 17 tahun pada 2020, berpindah ke Madrid pada 2023.

Kini, media tempatan mendakwa Dortmund berminat dengan adiknya, Jobe, dengan Sunderland menilai pemain tengah sekitar £20 juta pound.

Biarpun Jobe belum berada di tahap Jude, namun pemain yang memulakan karier remaja bersama Birmingham City mempamerkan potensinya di Stadium of Light.

Dia bersama The Black Cats telah menjaringkan sembilan gol dan menghadirkan dua bantuan jaringan dalam 60 penampilan sejak menyertai Birmingham pada 2023.

Jobe juga memainkan peranan penting memacu skuad asuhan Regis Le Bris di kedudukan teratas Liga Kejuaraan selepas tersingkir saingan Liga Perdana Inggeris pada 2017.

Selain itu, penyokong-penyokong Black Cats juga tidak sabar-sabar melihat sama ada kelab Bundesliga berkenaan akan membuat tawaran rasmi pada jendela perpindahan Januari 2025.

Artikel Berkaitan:

Buat masa ini, Jobe kekal fokus terhadap komitmen memacu Sunderland layak ke pentas Liga Perdana Inggeris musim depan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!