35 maut, 43 cedera pemandu sengaja rempuh orang ramai bersenam

Imej pegun yang diambil daripada video media sosial menunjukkan orang ramai cedera terbaring di jalan selepas seorang lelaki memandu kenderaannya merempuh sekumpulan orang ramai di luar pusat sukan, di Zhuhai, China. Foto Reuters

A
A
A

BEIJING - Seorang lelaki berusia 62 tahun disyaki dengan sengaja memandu kenderaannya merempuh sekumpulan orang ramai, menyebabkan 35 maut dan 43 lagi cedera, menurut pegawai keselamatan di Bandar Zhuhai, selatan China, pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin malam itu, suspek menggunakan kenderaan lasak kecilnya untuk merempuh pintu pagar sebuah pusat sukan sebelum melanggar orang ramai yang sedang bersenam di situ.

Lelaki berkenaan ditahan polis ketika cuba melarikan diri, lapor pihak berkuasa. Dia telah mencederakan dirinya sendiri dengan pisau sehingga mengalami kecederaan serius dan kini dalam keadaan koma, kata pihak keselamatan.

Siasatan awal mendapati punca serangan adalah rasa tidak puas hati terhadap pengagihan aset selepas perceraian, yang dipercayai mendorong tindakan ganas itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!