'Suspek terbaring sebelah peti sejuk beku, dipercayai kena strok'

Peti sejuk beku yang dirampas polis untuk dijadikan bahan bukti bagi kes pembunuhan di Taman OUG, Kuala Lumpur.
Peti sejuk beku yang dirampas polis untuk dijadikan bahan bukti bagi kes pembunuhan di Taman OUG, Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suspek yang dipercayai membunuh ibunya dan menyimpan mayat mangsa di dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu didakwa tidak bertegur sapa dengan jiran di kawasan perumahannya di Taman OUG, di sini.

Seorang jiran yang enggan mendedahkan identitinya memberitahu, suspek lelaki itu bagaimanapun lazimnya dilihat keluar dari kediamannya tiga kali dalam masa dua minggu.

Dia berkata, kemungkinan suspek keluar untuk mencari bekalan makanan sebelum kembali ke rumahnya.

“Selalu dia keluar dengan keretanya.

“Dia juga tidak bergaul dengan orang,” katanya yang sudah 50 tahun tinggal di kejiranan itu.

Sementara itu seorang lagi jiran yang tinggal berdekatan mendakwa sudah lama tidak melihat kelibat mangsa, yang berusia dalam lingkungan 80-an.

Seorang lagi wanita yang juga enggan mendedahkan identitinya mendakwa, sejak empat tahun tinggal di kawasan perumahan itu, rumah suspek sentiasa dalam keadaan gelap.

“Polis datang potong kunci pagar rumah suspek. Polis beritahu, lelaki itu dalam keadaan terbaring di sebelah peti sejuk beku.

Artikel Berkaitan:

“Suspek dipercayai kena strok,” dakwanya.

Tinjauan Astro Awani mendapati bahagian depan halaman rumah suspek dalam keadaan bersemak dan tidak terurus.

Bagaimanapun, kipas angin dan lampu dilihat terbuka, selain sebuah basikal serta tong gas berada dalam rumah berkenaan.

Terdahulu media melaporkan seorang lelaki tergamak membunuh ibunya berusia lingkungan 80-an sebelum disimpan di peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, di sini.

Polis menemui mayat seorang wanita yang disimpan dalam peti sejuk beku selepas dipercayai dibunuh anaknya di sebuah rumah di Taman OUG, Jalan Klang Lama pada Selasa - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!