Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh di jejantas

Polis menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kes bunuh susulan penemuan mayat seorang lelaki warga asing di tangga jejantas berhadapan sebuah hotel di Taman Sri Tebrau di sini, bulan lalu. Gambar hiasan (Gambar kecil: Raub)
Polis menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kes bunuh susulan penemuan mayat seorang lelaki warga asing di tangga jejantas berhadapan sebuah hotel di Taman Sri Tebrau di sini, bulan lalu. Gambar hiasan (Gambar kecil: Raub)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kes bunuh susulan penemuan mayat seorang lelaki warga asing di tangga jejantas berhadapan sebuah hotel di Taman Sri Tebrau di sini, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kedua-dua suspek warga tempatan berusia 44 dan 62 tahun itu ditahan di sekitar Taman Maju Jaya di sini jam 8 malam pada Ahad lalu.

Menurutnya, barangan yang disyaki digunakan ketika kejadian turut dirampas ketika serbuan dan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung motif pembunuhan.

"Pada 19 Oktober lalu, polis menerima satu laporan menyatakan seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah di tangga jejantas berhadapan sebuah hotel di Taman Sri Tebrau di sini.

"Siasatan yang dijalankan mendapati mangsa adalah seorang lelaki warga asing, berusia 35 tahun dan (ditemukan) dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan terdapat tiga kesan luka tikaman berukuran tiga hingga lapan sentimeter pada tubuh badannya.

"Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan luka tikaman pada bahagian dada dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Raub memberitahu kedua-dua suspek didapati mempunyai 21 dan 20 rekod berkaitan jenayah dan dadah, bagaimananpun tiada rekod sebagai individu dikehendaki.

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif methamphetamine.

Artikel Berkaitan:

"Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!