Pemandu lori tersepit rempuh treler

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian kemalangan di KM315.3 Lebuh raya Utara Selatan arah utara berhampiran Tapah pada Rabu.
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian kemalangan di KM315.3 Lebuh raya Utara Selatan arah utara berhampiran Tapah pada Rabu.
A
A
A

TAPAH - Seorang pemandu lori patah dua kaki selepas kenderaan dinaiki merempuh sebuah treler dalam kemalangan di KM315.3 Lebuh raya Utara Selatan arah utara berhampiran Tapah di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut jam 8.23 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dan BBP Gopeng ke lokasi.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian mendapati sebuah lori tiga tan membawa muatan barang-barang sebuah platform e-dagang merempuh belakang sebuah treler menyebabkan pemandu lori berusia 30 tahun tersepit.

"Ketua operasi mengarahkan anggota membuat kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidraulik bagi merenggangkan kawasan tersepit.

"Bantuan kenderaan penunda dilakukan untuk menarik kepala lori yang remuk akibat rempuhan tersebut.

"Anggota mengeluarkan mangsa yang mengalami patah kedua-dua kaki serta cedera di tangan dan meletakan mangsa ke atas pengusung," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sabarodzi berkata, mangsa telah diserahkan kepada pihak perubatan untuk dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.

Menurutnya, operasi melibatkan 20 orang anggota itu berjaya dikawal dan tamat pada jam 9.17 pagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!