Kematian Tun Daim, TPR akan putuskan tindakan kes seterusnya

Tan Sri Azam Baki
Tan Sri Azam Baki
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan bahawa Timbalan Pendakwa Raya (TPR) akan memutuskan tindakan seterusnya berhubung kes melibatkan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Dr Daim Zainuddin.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berikutan kematian Allahyarham Tun Daim pada pagi Rabu.

Azam berkata, tindakan seterusnya akan diputuskan oleh TPR, setelah perbincangan dilakukan oleh pihak SPRM bersama pihak terbabit.

"Kami akan membincangkan tindakan seterusnya dengan pihak TPR dan bagaimana pemergian Allahyarham Tun Daim berkemungkinan boleh menjejaskan pendakwaan dilakukan.

"Untuk itu, hanya TPR boleh memutuskan bagaimana untuk meneruskannya dan kami di SPRM hanya bertanggungjawab untuk menyiasat," katanya pada Rabu.

Menurut beliau, perkara tersebut kemungkinan mengambil sedikit masa sekurang-kurangnya satu atau dua minggu.

"SPRM akan memberikan kemas kini sebaik sahaja keputusan dibuat," katanya.

Sinar Harian melaporkan Allahyarham Tun Daim meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor pada usia 86 tahun.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia pada jam 8.21 pagi.

Kematian bekas Menteri Kewangan itu disahkan peguam, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar yang mewakili Allahyarham serta isterinya, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dalam kes mahkamah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!