Lawatan rasmi TPM ke UAE fokus industri halal, TVET, AI

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
A
A
A

ABU DHABI - [DIKEMAS KINI] Hubungan di antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) diharap akan berterusan melalui lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bermula hari ini sehingga 19 November 2024.

Menurut bakal Duta Besar Malaysia ke UAE, Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin, lawatan ini merupakan lawatan pertama Ahmad Zahid ke UAE sejak menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 3 Disember 2022.

Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin
Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin

Tambahnya, dalam lawatan ini, Ahmad Zahid akan mengadakan sesi pertemuan bersama pemain-pemain industri dan pihak-pihak berkepentingan di UAE yang merangkumi bidang pendidikan, kecerdasan buatan dan juga pengurusan bencana alam iaitu Space42 dan juga NAFFCO FZO.

“Semasa pertemuan-pertemuan ini, Timbalan Perdana Menteri dijangka akan mengetengahkan pelbagai inisiatif di bawah Rangka Kerja Ekonomi Madani yang bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang lebih baik untuk menarik pelabur asing ke Malaysia.

Bakal Duta Besar Malaysia ke UAE, Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin (duduk, tengah) bersama petugas media Malaysia selepas sidang media, di sini pada Rabu.
Bakal Duta Besar Malaysia ke UAE, Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin (duduk, tengah) bersama petugas media Malaysia selepas sidang media, di sini pada Rabu.

“Hubungan dua hala antara Malaysia dan UAE bermula pada tahun 1973. Sejak itu, hubungan antara kedua-dua negara telah berkembang dengan mantap berdasarkan hubungan ekonomi yang erat, saling menghormati serta kerjasama dalam pelbagai bidang,” katanya pada sidang media, di sini pada Rabu.

Ujar beliau lagi, Ahmad Zahid dijadual terlibat dalam perbincangan peringkat tinggi, tertumpu kepada pengukuhan kerjasama dua hala, dengan penekanan khusus kepada sektor utama seperti industri Halal, pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), dan kecerdasan buatan (AI).

Artikel Berkaitan:

Lawatan ini sebagai usaha untuk mengukuhkan hubungan dan memupuk kerjasama dalam pelbagai sektor yang memberikan manfaat bersama kepada kedua-dua negara, sejak hubungan dua hala dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik pada September 2022.

Delegasi Malaysia juga akan mengunjungi Mohamed bin Zayed University of Artificial Intelligence dan berinteraksi dengan wakil-wakil daripada G42, sebuah syarikat AI terkemuka di UAE.

Ahmad Zahid akan diiringi oleh pegawai kanan daripada kementerian dan agensi berkaitan, serta wakil-wakil daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.

Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin berkata, lawatan ini merupakan lawatan pertama Ahmad Zahid ke UAE sejak menyandang jawatan sebagai TPM pada 3 Disember 2022.
Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin berkata, lawatan ini merupakan lawatan pertama Ahmad Zahid ke UAE sejak menyandang jawatan sebagai TPM pada 3 Disember 2022.

Sementara itu, Ahmad Zahid dijadualkan merasmikan program penyertaan Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) di Middle East Organic and Natural Product Expo bertempat di Dubai World Trade Centre pada 18 November 2024.

Penyertaan Malaysia akan mengukuhkan status MIHAS sebagai pameran perdagangan yang diiktiraf di peringkat global, dalam masa yang sama, meletakkan Malaysia sebagai pemain terkemuka dalam landskap halal antarabangsa.

UAE merupakan antara pelabur asing terbesar di Malaysia di kalangan negara Asia Barat.

Pelaburan utama semasa UAE di Malaysia termasuk Mubadala Petroleum, Lulu Hypermarket, Medini Development dan Landmark Group manakala, pelaburan Malaysia di UAE adalah RM1.4 billion (AS$375.9 juta) dan syarikat Malaysia yang beroperasi di UAE termasuklah Petronas, TNB, UEM, Eversendai Corporation, Shing Yang Shipping and Marrybrown.

Tambah Tengku Sirajuzzaman lagi, antara bidang berpotensi yang boleh diterokai bersama dengan UAE ialah farmaseutikal, ekonomi digital dan hijau, kecerdasan buatan, elektrik & elektronik, bahan kimia dan aeroangkasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!