Dr Mahathir hadir beri penghormatan terakhir kepada Tun Daim

Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) tiba di rumah bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Persiaran Bukit Tunku pada Rabu. Foto Bernama
Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) tiba di rumah bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Persiaran Bukit Tunku pada Rabu. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hadir memberi penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Pasangan itu tiba di pekarangan kediaman Allahyarham di Bukit Tunku pada jam 12.50 tengah hari.

Turut memberi penghormatan ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin diiringi Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di rumah bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Persiaran Bukit Tunku pada Rabu. Foto Bernama
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di rumah bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Persiaran Bukit Tunku pada Rabu. Foto Bernama

Terdahulu kenderaan yang membawa jenazah Allahyarham tiba di kediaman itu sekitar jam 11.30 pagi selepas bertolak dari Hospital Assunta, Petaling Jaya.

Selepas urusan penghormatan terakhir itu, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Wilayah pada jam 3.15 petang dan kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Bukit Kiara untuk dikebumikan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!