Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia

Abdul Hadi mengimamkan solat jenazah ibu mentuanya di Masjid Rusila, Marang. Gambar kecil: Allahyarhamah Dayang
Abdul Hadi mengimamkan solat jenazah ibu mentuanya di Masjid Rusila, Marang. Gambar kecil: Allahyarhamah Dayang
A
A
A

MARANG - Ibu mentua Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang meninggal dunia di kediamannya di Kampung Belubur, Rusila di sini pada Rabu.

Allahyarhamah Dayang Abdullah, 90, menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua sekitar jam 12.20 tengah malam tadi.

Abdul Hadi dibawa ke Masjid Rusila untuk solat jenazah dan urusan pengebumian ibu mentuanya pada Rabu.
Abdul Hadi dibawa ke Masjid Rusila untuk solat jenazah dan urusan pengebumian ibu mentuanya pada Rabu.

Solat jenazah Allahyarhamah diimamkan sendiri oleh Abdul Hadi di Masjid Rusila sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rusila sekitar jam 10 pagi pada Rabu.

Berita kematian Allahyarham Dayang dimaklumkan menerusi hantaran di laman sosial Abdul Hadi sekitar jam 1.30 tengah hari.

Abdul Hadi ketika tiba untuk solat jenazah ibu mentuanya di Masjid Rusila, Marang. FOTO: Facebook Muhammad Khalil
Abdul Hadi ketika tiba untuk solat jenazah ibu mentuanya di Masjid Rusila, Marang. FOTO: Facebook Muhammad Khalil

Beliau turut berkongsi rasa sebak dan sedih atas kehilangan ibu mentuanya itu.

"Terasa sebak dan sedih di jiwa mendengarkan khabar pemergian ibu mentua, Dayang Abdullah.

Artikel Berkaitan:

"Pemergiannya menggores rasa pilu buat seluruh anggota keluarga yang sangat rapat dengannya.

"Meski tidak lagi bersama, doa terhadapmu akan terus mengalir, mengiringi perjalanan menuju tanah abadi.

"Semoga mendapat rahmat daripada ALLAH SWT, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin," tulisnya.

Sementara itu, cucu Allahyarhamah, Muhammad Khalil Abdul Hadi turut berkongsi kesedihan atas kehilangan neneknya itu.

"Dengan hati yang pilu, saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada insan yang sangat saya sayangi, iaitu tok saya yang telah pergi menghadap Ilahi.

"Kehilangannya amat dirasai dan meninggalkan kekosongan yang tak terganti dalam hidup kami sekeluarga," katanya.

Kata Muhammad Khalil, Allahyarhamah Dayang bukan sahaja seorang nenek, tetapi juga sumber kekuatan dan inspirasi buatnya sekeluarga.

"Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah, ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, dan segala amal kebaikannya diterima.

"Tok, kenangan bersamamu akan kami kenang dan simpan dalam hati selamanya," luah Muhammad Khalil.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!