AEON Bank tampil sebagai bank digital Islamik pertama di Malaysia

Pelanggan peroleh mata ganjaran bernilai tunai dengan Kad Debit-i

Ribuan pelanggan telah muat turun aplikasi AEON Bank dan mengambil bahagian dalam aktiviti menceriakan semasa siri terdahulu jerayawara seluruh negara.
Ribuan pelanggan telah muat turun aplikasi AEON Bank dan mengambil bahagian dalam aktiviti menceriakan semasa siri terdahulu jerayawara seluruh negara.
A
A
A

AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank) merupakan salah satu daripada lima bank digital yang dilesenkan dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan (MoF).

Sebagai bank digital Islamik, AEON Bank diregulasikan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Islamic Financial Service Act 2013).

Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, IZWAN ROZLIN bersama Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz di Ibu Pejabat AEON Bank di Bangsar baru-baru ini.

SINAR HARIAN: Boleh ceritakan latar belakang AEON Bank?

RAJA TEH MAIMUNAH: AEON Bank telah dilancarkan secara rasmi pada 26 Mei 2024 dan kami adalah bank digital Islamik pertama di Malaysia.

Kini, AEON Bank menawarkan pelbagai produk perbankan peribadi patuh syariah, seperti Akaun Simpanan-i, Kad Debit-i AEON Bank x Visa, Savings Pot, fungsian belanjawan di aplikasi digital AEON Bank, di samping rangkaian perkhidmatan pembayaran digital dengan rakan kongsi strategik, serta DuitNow QR dan pembayaran bil utiliti.

RAJA TEH MAIMUNAH
RAJA TEH MAIMUNAH



Tidak lama lagi, perbankan perniagaan (Business Banking) bakal memperkenalkan pembiayaan mikro demi membantu usahawan tempatan dalam menjana perkembangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Sebagai bank digital Islam, prinsip kewangan syariah adalah sebahagian daripada ‘DNA’ kami dan touchpoint kami ialah 100 peratus dalam talian.

Pada masa yang sama, kelebihan kompetitif kami dilandaskan terhadap kekuatan daya saing unik yang mana AEON Bank ialah sebahagian daripada ekosistem bersepadu Kumpulan AEON yang telah menjadi jenama yang dikenali di Malaysia selama empat dekad dan lebih 260 tahun di Jepun.

Malahan, yang menariknya sejarah syarikat bermula sejak tahun 1758 apabila Okada-ya, kedai pelopor kepada jenama AEON ditubuhkan di Jepun semasa era Edo.

Sebagai satu-satunya bank di Malaysia yang mempunyai pautan langsung dengan ekosistem peruncitan berintegrasi, AEON Bank mampu menawarkan ganjaran tambah nilai kepada para pelanggan di seluruh Malaysia.

Bagaimanakah cara untuk membuka Akaun Simpanan-i AEON Bank?

Caranya mudah #senangjer, malah semuanya boleh dilakukan dalam talian, tanpa perlu pergi ke mana-mana kaunter. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi AEON Bank menerusi App Store atau Google Play Store dan selesaikan proses pendaftaran akaun.

Pengguna hanya perlu melakukan tiga langkah mudah untuk mendapatkan promosi dan ganjaran yang ditawarkan oleh AEON Bank.
Pengguna hanya perlu melakukan tiga langkah mudah untuk mendapatkan promosi dan ganjaran yang ditawarkan oleh AEON Bank.



Demi memastikan pengalaman dalam talian yang lebih lancar, aplikasi ini mampu disokong oleh telefon pintar dengan iOS 12 dan Android 15.

Setiap pelanggan yang membuka Akaun Simpanan-i layak menerima bonus tanda terima kasih sebanyak 1,000 AEON Points bernilai RM5. Bagi para pelanggan yang memang merupakan ahli AEON Member, mata ganjaran yang telah dikumpul sebelum ini akan terus kelihatan di aplikasi AEON Bank, termasuklah bonus sebanyak 1,000 AEON Points.

Para pelanggan baharu yang sebelum ini bukan ahli AEON Member pula akan diberikan keahlian automatik secara percuma apabila membuka Akaun Simpanan-i AEON Bank dan layak menerima mata ganjaran 1,000 AEON Points serta merta.

Mulai 1 September 2024, mereka dapat menikmati kadar keuntungan tiga peratus merentas semua Savings Pot, serta 0.88 peratus kadar keuntungan untuk Akaun Simpanan-i serta 1,000 mata AEON sebagai bonus pendaftaran dan Kad Debit-i fizikal tanpa caj.

Kami juga telah memperkenalkan Program Rujukan (Referral Programme) AEON Bank ‘Share-Share Lah’. Pelanggan sedia ada yang mempelawa keluarga dan rakan mereka dengan 1,800 Mata AEON bernilai RM9 bagi setiap pelanggan yang berjaya diperoleh.

No Image Caption



Apakah kelebihan menggunakan Kad Debit-i AEON Bank x Visa?

Kad Debit-i AEON Bank x Visa amat istimewa dan mempunyai pelbagai kelebihan menerusi program kesetiaan AEON. Apabila anda membuat pembayaran menggunakan Kad Debit-i AEON Bank x Visa di mana- mana kedai mahupun pembelian dalam talian, anda akan memperoleh mata ganjaran AEON Points. Mata ganjaran tersebut kemudiannya boleh ditebus menjadi pulangan tunai yang dikreditkan terus ke Akaun Simpanan-i anda.

Pada masa ini, Kad Debit-i fizikal boleh didapati secara percuma dan ianya boleh digunakan untuk membeli- belah di mana-mana serta untuk pengeluaran wang tunai di mesin pengeluaran wang automatik (ATM), sama seperti fungsi kad debit bank yang lain.

Muat turun aplikasi AEON Bank.
Muat turun aplikasi AEON Bank.



Bagi pelanggan yang melancong ke luar negara, mereka boleh menikmati pengecualian satu peratus untuk caj transaksi luar negara bagi pembayaran menggunakan Kad Debit-i, di samping potongan 50 peratus caj pengeluaran di mesin ATM antarabangsa lantaran caj rendah RM5 untuk setiap pengeluaran melalui VISA Plus.

Berita baik juga menanti pelanggan bulan November ini sempena kempen Thursday is Better than Friday. Pelanggan layak menikmati ganjaran 3x AEON Points apabila menggunakan Kad Debit-i pada setiap hari Khamis di kedai rangkaian AEON terpilih seperti AEON Supermarket, Gedung Serbaneka AEON, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Fantasy dan Daiso; *tertakluk pada terma dan syarat, manakala 2x AEON Points akan diberikan dengan pembayaran menggunakan Kad Debit-i di kedai rangkaian AEON terpilih pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Untuk pembayaran menggunakan Kad debit-i di kedai-kedai lain serta bagi pembelian dalam talian, para pelanggan berhak menerima 1x AEON Points.

Apakah visi AEON Bank?

AEON Bank memahami bahawa bank digital dan bank utama lain wujud bersama-sama dalam simbiosis industri perbankan bagi memenuhi keperluan pengguna yang berbeza.

Tonton video AEON Bank.
Tonton video AEON Bank.



Sebagai bank digital Islamik, ia mudah diakses oleh pelanggan di mana jua, di samping keterangkuman solusi perbankan patuh syariah yang inklusif dan beretika untuk rakyat Malaysia. Tambahan pula, ketangkasan kami sebagai cloud native diperkasakan oleh teknologi terkini menerusi kolaborasi bersama AWS demi memacu pembangunan sektor perbankan dan industri fintech.

Kami juga komited untuk menyumbang ke arah pembangunan ekonomi digital negara serta membangunkan Malaysia sebagai hab perbankan Islam di rantau ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang AEON Bank (aeonbank.com. my), imbas kod QR di bawah untuk memuat turun aplikasi AEON Bank dan ikuti info di media sosial.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!