Kerajaan hargai sumbangan Daim - PM

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan mengiktiraf jasa dan sumbangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, kata Perdana Menteri.

Ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia terutama ketika Daim menjawat jawatan dalam Kebinet sebagai Menteri Kewangan.

"Terima perkhabaran pemergian Tun Daim Zainuddin setibanya di Lima, Peru. Salam takziah buat keluarga Allahyarham.

"Kerajaan mengiktiraf jasa dan sumbangan beliau kepada negara terutama semasa menjadi Menteri Kewangan. Al-Fatihah," tulisnya di Facebook pada Rabu.

Terdahulu, Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin menghembuskan nafas terakhir di hospital swasta di Petaling Jaya pada usia 86 tahun.

Daim dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 14 Julai 1984 ketika era pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selepas enam tahun, beliau meletakkan jawatannya pada 15 Mac 1991 sebelum diminta kembali ke dalam Kabinet oleh Dr Mahathir pada Januari 1999 sebagai Menteri Kewangan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!