Takut didakwa terlibat pengubahan wang haram, jurutera rugi lebih RM300,000

Jurutera sebuah syarikat swasta diperdaya sindiket penipuan Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis dan pihak penghantar. Foto 123RF
Jurutera sebuah syarikat swasta diperdaya sindiket penipuan Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis dan pihak penghantar. Foto 123RF
A
A
A

KLUANG - Seorang jurutera di sebuah syarikat swasta kerugian RM343,262 selepas diperdaya sindiket penipuan Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis dan pihak penghantar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd Azmi Husin berkata, lelaki warga tempatan berusia 33 tahun itu diperdaya kononnya terlibat dengan kegiatan wang haram.

"Pada 4 Ogos lalu, mangsa telah menerima panggilan dari nombor tidak dikenali mendakwa mangsa terbabit dengan penggubahan wang haram dan diminta membuat bayaran untuk membersihkan namanya.

"Disebabkan rasa takut, mangsa telah membuat bayaran sebanyak 24 kali transaksi ke dalam sembilan akaun bank berjumlah RM343,260 bagi tempoh 4 Ogos sehingga 5 November," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, mangsa menyedari dirinya ditipu selepas dirinya terus didesak untuk membuat bayaran.

Jelasnya, kes disiasat mengikut 420 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!