Proses rekod keterangan pasangan pengasas FashionValet bersambung hari ini

Kenderaan yang membawa pasangan pengasas FashionValet Sdn Bhd tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini. Pengasas FashionValet. Foto Bernama
Kenderaan yang membawa pasangan pengasas FashionValet Sdn Bhd tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini. Pengasas FashionValet. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Pasangan pengasas FashionValet Sdn Bhd yang terkait kes kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) menyambung memberikan keterangan hari ini.

Kenderaan membawa pasangan tersebut tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada jam 2.50 petang.

Hari ini memasuki hari keenam proses rakaman keterangan terhadap pasangan itu dijalankan setelah SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi akaun mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah dan PNB dalam FashionValet.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, pihaknya sedang menyemak dan menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pasangan pengasas platform e-dagang itu.

SPRM juga dilaporkan telah membekukan beberapa akaun bank persendirian pasangan itu serta akaun syarikat bernilai kira-kira RM1.1 juta menerusi Op Favish pada 6 November lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!