Harga runcit petrol, diesel terus kekal tidak berubah
PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara kekal tidak berubah masing-masing pada paras RM3.19 serta RM2.05 seliter bagi tempoh Khamis sehingga 20 November.
Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan memaklumkan, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.95 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter untuk tempoh berkenaan.
"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya pada Rabu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!