PBB sokong seruan Arab Saudi gencatan senjatan di Asia Barat

Stephane Dujarric - Foto: UN
Stephane Dujarric - Foto: UN
A
A
A

WASHINGTON - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan sokongan penuhnya terhadap usaha untuk mencapai gencatan senjata di Palestin, Lubnan dan semua kawasan konflik di Asia Barat, susulan gesaan yang dibuat oleh Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam yang diadakan di Riyadh.

Sidang kemuncak itu dianjurkan oleh Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan dipengerusikan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman merangkap Perdana Menteri Kerajaan Arab Saudi.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric memberitahu Agensi Berita Arab Saudi (SPA) bahawa organisasi antarabangsa itu terus menyokong semua usaha untuk menenangkan keadaan di rantau ini, termasuk mencapai gencatan senjata di Gaza dan Lubnan serta pembebasan tanpa syarat semua tawanan di Gaza.

Beliau turut menekankan bahawa Setiausaha Agung, PBB Antonio Guterres terus menegaskan kepentingan menamatkan pendudukan Israel dan melaksanakan penyelesaian dua negara, yang dianggap sebagai penyelesaian yang adil dan kekal kepada konflik Israel-Palestin. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!