Polis rampas tiga jenis burung bernilai RM40,000

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 11 ekor burung Murai Batu, seekor burung Luris Leher dan tujuh ekor burung Kunyit Pacat dijumpai dalam premis tersebut tanpa dokumen penyimpanan rasmi daripada Perhilitan - Foto: FB Batalion 7 PGA Kuantan

A
A
A

KOTA BHARU- Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas tiga jenis burung yang disimpan tanpa kebenaran bernilai hampir RM40,000 di Kampung Dusun Durian, Tawang, Bachok hari ini.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata, rampasan itu dilakukan oleh anggota Batalion 7 PGA bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di sebuah premis.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 11 ekor burung Murai Batu, seekor burung Luris Leher dan tujuh ekor burung Kunyit Pacat dijumpai dalam premis tersebut tanpa dokumen penyimpanan rasmi daripada Perhilitan.

"Anggaran rampasan bernilai RM39,750 dan suspek seorang wanita berumur 25 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek serta barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok untuk tindakan selanjutnya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!