Pakistan, Azerbaijan teroka kerjasama ekonomi dan pertahanan yang lebih erat

Shehbaz Sharif (kiri) dan Ilham Aliyev membincangkan usaha untuk memperkukuh hubungan mereka dengan memberi tumpuan kepada kerjasama ekonomi dan pertahanan. - Foto: Agensi
Shehbaz Sharif (kiri) dan Ilham Aliyev membincangkan usaha untuk memperkukuh hubungan mereka dengan memberi tumpuan kepada kerjasama ekonomi dan pertahanan. - Foto: Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Pakistan dan Azerbaijan membincangkan usaha untuk memperkukuh hubungan mereka dengan memberi tumpuan kepada kerjasama ekonomi dan pertahanan.

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev mengadakan perbincangan di luar sidang kemuncak iklim COP29 di Baku pada Rabu.

Sebagai satu daripada negara yang sangat terdedah kepada perubahan iklim, Pakistan komited untuk bekerjasama rapat dengan Azerbaijan dan komuniti global dalam menghadapi cabaran iklim, kata Shehbaz dalam satu kenyataan di platform X.

"Kami juga membincangkan usaha untuk mengukuhkan perkongsian strategik kami, dengan fokus kepada kerjasama ekonomi dan pertahanan, perkongsian teknologi, pelaburan dan tenaga boleh diperbaharui. Kami turut bertukar pandangan mengenai situasi Timur Tengah dan isu-isu global lain,” katanya.

Pakistan mempunyai kerjasama pertahanan yang rapat dengan Azerbaijan dan baru-baru ini menandatangani kontrak untuk menjual jet pejuang JF-17 Blok III kepada Azerbaijan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!