Kisah Vivy dan netizen yang suka ‘meroyan’

Vivy Yusof. Foto Bernama
Vivy Yusof. Foto Bernama
A
A
A

SEJAK minggu lepas, kecoh betul media sosial dengan kes melibatkan usahawanita, ikon fesyen juga pengasas platform e-dagang, FashionValet.

Maka tidak hairanlah, di merata ceruk kisah permohonan maaf dan siasatan melibatkan personaliti itu dan suaminya menjadi bualan hangat.

Merak Jalanan dan beberapa rakan lain sudah lama mengikuti Datin Vivy Yusof atau nama penuhnya Vivy Sofinas Yusof di media sosial dan blog tulisannya.

Mengikuti perkembangan kes itu menjadikan sesi minum petang kami sebuah diskusi serius.

“Kalau kita 'throwback' zaman kegemilangan Vivy, kita pun tak boleh bayangkan, jenama-jenama 'premium' macam dah 'mati' sekarang ni,” ujar rakan Merak Jalanan.

Sebelum Covid-19 membadai dunia, begitu banyak jenama fesyen tempatan yang kita boleh kategorikan sebagai premium atau 'have-have' mempelopori arena itu di negara ini.

Jenama-jenama diperkenalkan oleh selebriti tempatan seperti Neelofa dan Datuk Jovian Mandagie misalnya cukup gah termasuklah produk keluaran Vivy, menjadi produk 'wajib ada' dalam koleksi pada waktu itu.

Pun begitu, Covid-19 bukan sahaja meragut nyawa dan merubah cara hidup, tetapi juga melumpuhkan banyak perniagaan.

Artikel Berkaitan:

Hanya yang benar-benar kuat, mampu terus bertahan. Kuasa beli yang semakin 'menipis' membuka peluang rezeki kepada perniagaan dalam talian, khususnya melalui platform seperti TikTok Live, yang menawarkan produk pada julat harga jauh lebih rendah.

Merak Jalanan bukanlah hendak membela sesiapa, jika ada kesalahan dari sudut perundangan di sebalik pelaburan FashionValet ini, biarlah tindakan diambil oleh pihak berwajib.

Sebagai netizen, elakkanlah ‘meroyan’ dengan menghamburkan kata-kata kesat sedangkan kita tidak tahu cerita yang sebenar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!