Ibu bapa disenarai hitam: Adakah adil untuk anak-anak?

Laporan muka depan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

SEMUA sedia maklum Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) adalah sekolah terbaik yang melahirkan ramai pelajar cemerlang dan ramai anak-anak belajar bersungguh-sungguh untuk merebut tempat di sekolah berasrama penuh itu.

Namun Majlis Amanah Rakyat (Mara) menetapkan syarat anak tidak boleh memasuki MRSM jika ibu bapa disenarai hitam kerana gagal melunaskan hutang dengan agensi itu seterusnya menutup peluang anak-anak yang cemerlang.

Difahamkan syarat itu antara usaha Mara untuk memastikan peminjam, sama ada pinjaman pendidikan atau usahawan, tidak culas membayar hutang.

Tidak dinafikan hutang wajib dibayar tetapi persoalannya adakah ia adil untuk anak-anak?

Sedangkan ramai pelajar mempunyai cita-cita dan mengimpikan untuk menyambung pelajaran ke MRSM selepas tamat di peringkat sekolah rendah.

Disebabkan kesilapan ibu bapa tempiasnya terkena kepada anak-anak mereka yang sepatutnya mendapat peluang yang lebih luas dalam bidang pendidikan.

Walaupun Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang menjelaskan tindakan itu hanya bersifat sementara dan boleh ditarik semula apabila ibu bapa berunding dengan pihak Mara.

Namun bukan semua peminjam Mara akan berusaha atau mampu untuk membayar hutang mereka dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

Dalam tempoh itu, sudah pasti ramai anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran akan terlepas untuk masuk ke MRSM hanya kerana ibu bapa mereka disenarai hitam.

Bagaimanapun terdapat ibu bapa yang setuju dengan tindakan daripada kerajaan itu.

Menurut perunding kewangan Nur Raihana Abd Rahim, 39, ibu bapa kena faham keperluan Mara buat begini kerana dari segi perundangan, individu disenarai hitam pun tidak boleh menjadi penjamin.

Dalam pada itu, seorang pekerja swasta, Dr Noraini Ismail, 45, berpendapat, tindakan itu wajar supaya berlaku adil kepada pelajar yang memerlukan.

Justeru, ibu bapa wajib langsaikan hutang Mara terlebih dahulu sebelum anak mereka boleh masuk ke MRSM.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!