Hampir 2,000 peserta sertai klinik STL

Klinik STL yang terakhir musim ini diadakan di Arena Larkin Johor.
Klinik STL yang terakhir musim ini diadakan di Arena Larkin Johor.
A
A
A

KLINIK Sepak Takraw League (STL) yang diadakan musim ini berjaya menarik penyertaan hampir 2,000 penyertaan membabitkan lima lokasi termasuk di sekolah dan lokasi terpilih sepanjang jelajah berlangsung.

Program pembangunan bakat tersebut adalah inisiatif kelestarian Astro Arena Bersama Astro Kasih dalam memupuk minat serta mencungkil bakat-bakat muda dalam sukan sepak takraw.

Ketua Kakitangan Astro dan Ketua Prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), Foo Su Lynn berkata, Astro bukan hanya sekadar ‘Home of Sports’ dengan menyiarkan kejohanan atau temasya sukan terbaik untuk rakyat Malaysia menonton dan bersorak tetapi juga komited dalam memperkasa program pembangunan sukan akar umbi.

"Musim ini kami telah berjaya mencipta impak yang lebih besar kepada komuniti khususnya golongan belia dengan mendorong pelajar untuk beraspirasi tinggi mencipta kejayaan dalam sukan sepak takraw.

"Kami berharap akan terus meningkatkan jumlah peserta dan akan memberi penambahbaikan di dalam musim akan datang.

"Apa pun, kami amat mengalu-alukan penglibatan sektor korporat tidak kira dalam apa jua bentuk sumbangan dalam melestarikan sukan sepak takraw ini dari peringkat akar umbi," ujar Su Lynn.

Difahamkan, klinik STL mendapat kerjasama Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan turut mendapat sentuhan serta bimbingan jurulatih-jurulatih profesional negara selain kehadiran pemain-pemain STL dan kebangsaan negara yang turut hadir memberi tunjuk ajar kepada peserta.

Program klinik itu turut mendapat kerjasama dan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Artikel Berkaitan:

Selain berpeluang menyaksikan perlawanan STL dengan lebih dekat, peserta terbaik turut diberi peluang untuk beraksi di dalam gelanggang sebenar dan telah disiarkan secara langsung di Astro Arena.

Pendedahan dan pengalaman itu adalah platform untuk menyemarakkan lagi semangat mereka untuk beraksi di liga berprestij dan kompetitif seperti STL suatu hari nanti.

Sementara itu, STL meneruskan lagi saingan dalam STL Champions Cup 2024 menyaksikan lapan pasukan membabitkan empat pasukan teratas STL Premier dan empat pasukan jemputan antarabangsa akan berentap merebut piala berprestij ini bermula 13 hingga 17 November 2024 di Stadium MBSJ, Serdang.

Peminat boleh membeli tiket STL secara dalam talian di www.tickethotline.com.my atau di kaunter lokasi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!