Amorim sedia singkir Zirkzee
PENGENDALI Manchester United, Ruben Amorim dilaporkan bersedia untuk membiarkan Joshua Zirkzee meninggalkan Red Devils secara pinjaman semasa jendela perpindahan Januari.
Zirkzee, 23, berpindah ke Old Trafford dari Bologna pada musim panas, dan dia menjaringkan gol pada penampilan sulungnya untuk United ketika menentang Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Namun, selepas itu pemain antarabangsa Belanda tersebut gagal mencetak gol dalam 16 perlawanan dalam semua kejohanan sekali gus timbul spekulasi mengenai masa depannya di kelab itu.
Menurut Tuttosport, Manchester United telah membuat pertimbangan serius untuk membenarkan Zirkzee berpindah secara pinjaman pada Januari.
Amorim didakwa telah pun menandatangani perlepasan dengan pengendali dari Portugal itu ragu-ragu mengenai kemampuan penyerang itu.
Juventus dikatakan antara kelab yang menunjukkan minat terhadap Zirkzee dan sebelum ini pernah cuba menandatangani pemain itu dari Bologna semasa jendela perpindahan musim panas.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!