Gagal sempurnakan peluang faktor kegagalan Selangor FC

Skuad Piala Presiden Selangor FC tetap memberikan tentangan sengit pada aksi final ke-2 berkenaan.
Skuad Piala Presiden Selangor FC tetap memberikan tentangan sengit pada aksi final ke-2 berkenaan.
A
A
A

GAGAL menyempurnakan peluang di depan gawang lawan dilihat sebagai faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan Selangor FC untuk menjaringkan sebarang gol pada aksi final ke-2, Piala Presiden 2024 berdepan Johor Darul Ta’zim III (JDT III) di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), pada Rabu.

Menurut pengendali skuad Merah Kuning, Muhammad Firdaus Aziz, skuad kendaliannya itu dilihat banyak mencipta peluang di sepanjang perlawanan, namun kesemuanya dilihat gagal menghasilkan sebarang gol.

“Saya rasa kita cipta banyak peluang tapi tak boleh score, tak ada finishing, itulah perbezaan pasukan kita malam ini (Rabu).

“Lihat sahaja pada separuh masa pertama, kita mula dengan langkah kanan dan memang banyak peluang kita dapat tapi semuanya tak ada penyudah.

“Apa pun, tahniah kepada JDT yang menang buat kali ketiga berturut-turut Piala Presiden ni,” katanya kepada pemberita sejurus tamat perlawanan.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada aksi final ke-2 tersebut, namun JDT III dinobatkan selaku juara kali ini hasil kemenangan 2-1, pada aksi final 1, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 6 November lalu.

Sementara itu Muhammad Firdaus berkata, secara keseluruhannya, dia berpuas hati dengan aksi skuad kendaliannya itu di kedua-dua aksi final berkenaan.

“Bagi saya, final 1 dan final ke-2 memang banyak bezanya, cuma di kedua-dua peringkat tersebut, kesemua pemain telah memberikan aksi yang terbaik.

Artikel Berkaitan:

“Perkara tersebut membuatkan saya berasa sungguh berbangga dengan pencapaian pemain-pemain saya,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!