Sanz Zaballos Gonzalo puas hati aksi pemain JDT III

Skuad JDT III meraikan kejayaan muncul juara Piala Presiden 2024.
Skuad JDT III meraikan kejayaan muncul juara Piala Presiden 2024.
A
A
A

BIARPUN sekadar terikat tanpa jaringan ketika berdepan Selangor FC pada aksi final ke-2 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) pada Rabu, pengendali skuad Piala Presiden Johor Darul Ta’zim (JDT), Sanz Zaballos Gonzalo nyata berpuas hati dengan aksi dipersembahkan kesebelasan pemain JDT III.

Katanya, kesemua pemain yang diturunkan telah memberikan aksi terbaik bagi menyaingi rentak pelawat yang mengasak hebat ke pintu gol sejak wisel permulaan.

"Mujur asakan-asakan daripada Selangor FC berjaya dikekang dengan baik oleh benteng pertahanan.

“Kita sedar perlu mengawal asakan bertubi-tubi Selangor FC pada perlawanan ini dan seterusnya berjaya mendominasi perlawanan pada babak pertama dan babak kedua.

“Apa pun perlu diingat, kita tidak menang hari ini tetapi sekadar seri dengan Selangor FC, namun dalam masa sama kita turut berbangga kerana kesemua pemain bekerja keras di sepanjang perlawanan,” katanya kepada pemberita sejurus tamat perlawanan.

Untuk rekod, pada aksi final 1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 6 November lalu, JDT III menewaskan Selangor FC 2-1.

Kemenangan JDT III pada aksi Piala Presiden 2024 turut melakar sejarah tersendiri apabila skuad berkenaan muncul pasukan pertama yang menjulang trofi Piala Presiden buat kali ketiga berturut-turut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!