Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Isu FashionValet tak jejas keputusan Khazanah, PNB labur dalam syarikat pemula

14 November 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

Isu FashionValet tak jejas keputusan Khazanah, PNB labur dalam syarikat pemula

Kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam syarikat perniagaan fesyen dalam talian, FashionValet, tidak akan menjejaskan keputusannya untuk terus melabur dalam syarikat pemula.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, dalam konteks Khazanah, mandat terbabit masih dikekalkan dan pada masa sama mekanisme kawalan bagi pelaburan membabitkan syarikat pemula diperkukuhkan.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid sama ada kes kerugian dalam FV akan menjejaskan pelaburan Khazanah bagi pelaburan dalam syarikat pemula dan modal teroka.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #FashionValet #Khazanah #PNB