Adik bongsu CEO MPI meninggal dunia
SEREMBAN - Adik kepada Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Ainol Amriz Ismail iaitu Afniz Anila, 49, meninggal dunia di bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar di sini pada Khamis.
Menurut Ainol Amriz, Allahyarham yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik meninggal dunia jam 4.05 pagi akibat komplikasi jantung.
"Saya diberitahu oleh anak-anaknya yang arwah dibawa ke hospital selepas mengadu sakit belakang dan muntah kira-kira jam 2 pagi.
"Ketika dirawat di ICU, arwah disahkan meninggal dunia.
"Arwah sebenarnya dah lama ada masalah jantung. Pada 6 Oktober lalu, saya kehilangan adik lelaki kedua juga disebabkan masalah jantung," katanya dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Menurutnya, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuala Pilah (Batu 6) selepas solat Zohor.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!