Tiga kilang proses makanan terbakar
KAJANG - Tiga unit kilang memproses makanan di Bandar Teknologi Kajang Semenyih di sini, terbakar pada Khamis.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.44 pagi.
"Seramai 27 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, BBP Semenyih, BBP Bandar Tun Hussein Onn, BBP Bangi, BBP Seri Kembangan serta BBP Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati tiga unit kilang memproses makanan bangunan kelas B terbakar.
"Anggaran kemusnahan kilang pertama 100 peratus, kilang kedua pula terbakar 20 peratus terbakar, manakala kilang ketiga terbakar 30 peratus.
"Kebakaran berjaya dikawal pada jam11.45 pagi dan kejadian itu tidak melibatkan mangsa," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!