Skandal kuota pekerja asing: Seorang lagi pengarah syarikat ditahan SPRM

Dua pegawai SPRM mengiringi suspek semasa dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor bagi mendapatkan permohonan reman pada Khamis.
Dua pegawai SPRM mengiringi suspek semasa dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor bagi mendapatkan permohonan reman pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lagi suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat kes mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu membabitkan permohonan kuota pekerja asing.

Sumber berkata, SPRM Selangor menahan reman seorang lagi pengarah syarikat yang terlibat dalam kegiatan tidak beretika itu bagi mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Sumber Manusia yang dianggarkan bernilai RM1.1 juta.

Menurut sumber, perintah reman selama lima hari sehingga Isnin telah dikeluarkan oleh Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin selepas SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pada Khamis.

Dua pegawai SPRM mengiringi suspek semasa dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor bagi mendapatkan permohonan reman pada Khamis.
Dua pegawai SPRM mengiringi suspek semasa dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor bagi mendapatkan permohonan reman pada Khamis.

"Suspek wanita berusia sekitar 40-an telah ditahan kira-kira jam 5 petang pada Rabu ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM Selangor.

"Suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2023," katanya pada Khamis.

Kata sumber, suspek mengemukakan dua permohonan kuota seramai 600 pekerja asing oleh syarikat berkenaan, sedangkan pembekalan tenaga kerja bagi projek yang dikemukakan tidak wujud.

Artikel Berkaitan:

Dua pegawai SPRM mengiringi suspek semasa dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor bagi mendapatkan permohonan reman pada Khamis.
Dua pegawai SPRM mengiringi suspek semasa dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor bagi mendapatkan permohonan reman pada Khamis.

Jelasnya, dua permohonan tersebut melibatkan pembayaran levi kira-kira RM1.1 juta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!