Ayam Brand teruskan penganjuran Kempen Komuniti Penyayang Tahunan Ke-17

Kempen Komuniti Penyayang 2024 Ayam Brand™, bertemakan #AyamBersamaMu Sihat & Cergas, bermula dengan meriah di Kuala Lumpur & Selangor.
Kempen Komuniti Penyayang 2024 Ayam Brand™, bertemakan #AyamBersamaMu Sihat & Cergas, bermula dengan meriah di Kuala Lumpur & Selangor.
A
A
A

PETALING JAYA – Ayam Brand, satu jenama terkenal selama 132 tahun yang dikenali dengan pilihan meluas makanan dalam tin berkualiti tinggi, mudah dan tanpa bahan pengawet atau tambahan MSG, serta merupakan pemegang sijil halal, komited dalam meneruskan Kempen Komuniti Penyayang 2024.

Inisiatif yang bertujuan memberikan manfaat berterusan kepada masyarakat ini telah diperkenalkan sejak tahun 2008.

Bertemakan #AyamBersamaMu Sihat & Cergas, kempen tahun ini bermatlamat untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak di seluruh Malaysia.

Tukang masak dan chef cilik sedang belajar menyediakan hidangan sihat dengan bahan-bahan ringkas dan produk Ayam Brand.
Tukang masak dan chef cilik sedang belajar menyediakan hidangan sihat dengan bahan-bahan ringkas dan produk Ayam Brand.



Memasuki tahun ke-17 penganjurannya, kempen Ayam Brand ini telah memanfaatkan lebih 28,350 individu daripada 635 organisasi bukan kerajaan (NGO) dengan membabitkan penyediaan lebih 2.2 juta hidangan berkhasiat.

Kempen tahun ini akan memberi tumpuan dalam membentuk tabiat pengambilan makanan yang berkhasiat yang mengandungi Omega-3 agar kanak-kanak lebih sihat.

Selain itu, fokus juga diberikan dalam mempromosikan gaya hidup aktif dalam kehidupan anak-anak ini agar dapat melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih cerdas.

Artikel Berkaitan:

Para peserta seronok dan bangga dapat menyediakan hidangan sendiri.
Para peserta seronok dan bangga dapat menyediakan hidangan sendiri.



Di Lemah Klang, kempen itu dijangka memberi manfaat kepada 425 kanak-kanak daripada enam NGO dengan menyediakan mereka sebanyak 76,500 hidangan yang bukan sahaja berkhasiat tetapi juga enak.

Menerusi kerjasama Hospital Columbia Asia, Focus Point Group serta pakar-pakar pemakanan dan kecergasan, Ayam Brand akan mengadakan bengkel pemakanan sihat bagi membimbing kanak-kanak mengenai pilihan makanan yang lebih berkhasiat berdasarkan konsep 3S (Suku-suku Separuh) Pinggan Sihat Malaysia.

Pasukan Focus Point menjalankan pemeriksaa mata untuk kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam kempen tahunan Ayam Brand.
Pasukan Focus Point menjalankan pemeriksaa mata untuk kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam kempen tahunan Ayam Brand.



Di samping itu juga, rutin senaman yang boleh dilakukan kanak-kanak di rumah serta cabaran kecergasan turut diajar untuk menggalakkan mereka kekal aktif.

Menurut Ketua Pemasaran A. Clouet (Malaysia) Sdn Bhd, Teoh Wei Ling, Ayam Brand percaya bahawa semua pihak layak mendapat akses terhadap makanan berkhasiat dan diberi peluang untuk menjalani kehidupan yang sihat.

“Menerusi program keprihatinan komuniti tahunan ini, kami berhasrat untuk memperkasakan individu dan komuniti untuk membuat perubahan positif kepada kesihatan serta kesejahteraan diri mereka,” katanya.

Ujar beliau lagi, berdasarkan data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa pengambilan asid berlemak Omega-3 dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa ini adalah rendah dan terdapat tiga cara untuk menangani isu ini iaitu peningkatan pengambilan bijirin seperti kekacang; tauhu dan ikan, menggunakan minyak masak yang mengandungi Omega-3 serta mengambil makanan yang kaya dengan Omega-3.

“Omega-3 adalah amat penting untuk kesihatan jantung, otak, saraf, kulit dan mata. Sepanjang kempen ini, kami menyediakan produk yang mempunyai kandungan Omega-3 dengan matlamat untuk menyediakan satu khasiat utama bagi kanak-kanak terlibat.

“Bagi tahun 2024, kami juga mengintegrasikan kecergasan dalam kempen yang dianjurkan agar menggalakkan gaya hidup sihat yang berterusan.

“Pada masa ini, Malaysia menunjukkan peningkatan pertumbuhan yang terbantut dan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Sehubungan itu, kami ingin mengambil pendekatan proaktif untuk mempromosikan gaya hidup yang sihat dan program kecergasan ke dalam kempen yang dianjurkan. Menyedari bahawa negara masih berhadapan dengan cabaran obesiti, kita perlu memulakan langkah untuk menangani isu tersebut,” kata Wei Ling lagi.

Kanak-kanak mengikuti pakar kecergasan kami dalam siri senaman yang menyeronokkan dan mencabar.
Kanak-kanak mengikuti pakar kecergasan kami dalam siri senaman yang menyeronokkan dan mencabar.



Laporan berita baru-baru ini menunjukkan kesedaran kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi rendah dan negara ini mempunyai bilangan kes tertinggi diabetes dan obesiti di rantau Asia Tenggara.

Kementerian Kesihatan telah mendedahkan bahawa satu dalam setiap tiga kanak-kanak di sekolah mengalami masalah lebihan berat badan atau obes.

Ujar Wei Ling, Ayam Brand juga bekerjasama dengan Focus Point Group bagi memastikan kesihatan mata kanak-kanak dalam keadaan baik.

Katanya, bagi kanak-kanak yang memerlukan kaca mata, mereka akan menerima tajaan Ayam Brand bagi membantu penglihatan.

“Kami meneruskan usaha penjagaan kesihatan mata kanak-kanak bagi kempen tahun ini kerana analisis global melaporkan penglihatan kanak-kanak masa ini kian merosot dengan satu dalam tiga daripada mereka rabun atau tidak mampu melihat objek jauh dengan jelas.

“Laporan tersebut turut menyebut bahawa kadar tertinggi isu ini adalah di Asia. Sehubungan itu, Ayam Brand ingin membantu kanak-kanak yang terjejas agar mereka dapat melihat dengan lebih baik,” katanya.

Pasukan pemenang bersama Ayam Brand meraikan kemenangan mereka sambil mempromosikan gaya hidup sihat.
Pasukan pemenang bersama Ayam Brand meraikan kemenangan mereka sambil mempromosikan gaya hidup sihat.



Sementara itu, Pengurus Pemasaran Serantau, Hospital Columbia Asia, Gwen Yap berkata, pihaknya juga gembira untuk menjadi sebahagian daripada kempen Ayam BersamaMu Sihat & Cergas Ayam Brand.

“Kolaborasi ini sejajar dengan komitmen Hospital Columbia Asia untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan kesejahteraan dalam kehidupan.

“Dengan menawarkan kepakaran dan sumber kami kepada rumah-rumah amal terlibat, kami berharap untuk membentuk impak yang signifikan terhadap kesihatan dan kualiti kehidupan kanak-kanak di sana,” katanya.

Di Lembah Klang, penerima manfaat kempen berkenaan terdiri daripada Pertubuhan Anak-Anak Yatim Selangor, Yayasan Sunbeams Home, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Ti-Ratana Welfare Society Malaysia, Shelter Home dan Pusat Jagaan Rumah Keluarga Kami.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!