Pelanggaran sempadan maritim: Malaysia hantar nota bantahan kepada Filipina
14 November 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Malaysia menghantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan dua akta maritim baharu negara itu yang melanggar sempadan maritim Sabah hari ini, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin.
Beliau berkata, Akta Zon Maritim Filipina (Philippine Maritime Zones Act) dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina (Philippine Archipelagic Sea Lanes Act) yang ditandatangani Presiden Ferdinand Marcos Jr pada 8 November lepas disahkan telah melangkaui Peta Baharu Malaysia 1979 yang dibuat berdasarkan undang-undang antarabangsa.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #NotaBantahan #PelanggaranSempadan