13 warga asing guna pas lawatan sosial kerja di restoran

Sebahagian warga asing yang ditahan dalam serbuan berkenaan. - Foto JIM Johor
Sebahagian warga asing yang ditahan dalam serbuan berkenaan. - Foto JIM Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor menahan seramai 13 warga asing atas kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di di premis makanan di sini.

Menurut Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus, kesemua warga asing berkenaan ditahan dalam serbuan Op Selera yang dilakukan di sebuah premis makanan yang tular di laman TikTok ketika ini.

“Kesemua warga asing yang ditahan melibatkan 13 lelaki warga Indonesia berusia 20 hingga 32 tahun.

“Tindakan penguatkuasaan ini dilakukan susulan aduan awam berhubung warga asing yang bekerja tanpa pas atau permit serta tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Kesemua yang ditahan didapati telah melakukan kesalahan di bwah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia, Seksyen15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa,” katanya.

Sementara itu dalam serbuan berasingan, Mohd Rusdi berkata, seramai empat lagi warga asing melibatkan seorang lelaki warga Pakistan berusia 22 tahun, seorang lelaki dan seorang wanita warga China masing-masing berusia 22 hingga 40 tahun.

“Mereka ditahan di sebuah restoran makanan kerana bekerja dan tidak memiliki dokumen yang sah.

“Kesemua tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!