Bedah siasat mayat wanita ditemukan dalam peti sejuk masih berjalan - Polis

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Proses bedah siasat ke atas mayat seorang wanita yang ditemukan dalam peti sejuk di sebuah rumah di Taman OUG, dipercayai dibunuh oleh anak lelakinya, masih berjalan di Pusat Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya malam ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, suspek iaitu seorang penganggur berusia 53 tahun pula masih dalam pemerhatian doktor.

"Bedah siasat mengambil masa dan belum selesai,” menurutnya dalam kenyataan ringkas di sini.

Berdasarkan tinjauan, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields dilihat memasuki lokasi kejadian iaitu kediaman dua tingkat yang terletak di Taman OUG sekitar jam 4 petang tadi.

Polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu pada 8.45 pagi Selasa setelah suspek membuat panggilan untuk menyerah diri dan perkara tesrbut masih disiasat.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan suspek, yang direman tujuh hari hingga 19 Novomber ini, tidak mempunyai rekod jenayah. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!