Data peribadi 6.5 juta pengundi di Israel bocor
Menurut laporan New York Times, kejadian itu mencetuskan kebimbangan mengenai kecurian identiti dan manipulasi pilihan raya, tiga minggu sebelum pemilihan berlaku.
Selagi ia tidak diperbaiki, kesilapan itu membolehkan data peribadi dilihat dan keseluruhan pendaftaran pemilih kerajaan dimuat turun meskipun tanpa kemahiran teknikal yang canggih.
Pengeluar aplikasi, Elector Software, menggambarkan kebocoran tersebut sebagai kejadian yang berlaku sekali sahaja dan segera ditangani selain mendakwa telah memantapkan keselamatan laman webnya.
Sebuah laman sesawang tempatan turut melaporkan, antara maklumat peribadi yang boleh diakses termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, isterinya, Sara, Ketua Kakitangan untuk tentera Israel, Aviv Kochavi dan Ketua Agensi Keselamatan Israel atau Shin Bet, Nadav Argaman. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!