Penjaga gol Pahang genggam ijazah, pernah rasa putus asa

Azfar Arif menerima ijazah sempena Konvokesyen ke-100 UiTM.
Azfar Arif menerima ijazah sempena Konvokesyen ke-100 UiTM.
A
A
A

DISIPLIN tinggi tidak hanya membolehkan Muhammad Azfar Arif Mohd Sukri bergelar pemain bola sepak juga graduan sempena Konvokesyen ke-100 Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Penuntut Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi cabang Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian) itu juga penjaga gol kelab Liga Super, Pahang FC berjaya menamatkan pengajian.

Aksi Azfar Arif dalam saingan Liga-M.
Aksi Azfar Arif dalam saingan Liga-M.

Menyifatkan karier sebagai pemain skuad Tok Gajah yang disertai pada 2024 bukan penghalang untuk menuntut ilmu sama seperti penuntut lain sebaliknya mendidik diri dalam aspek pengurusan masa, ujar graduan berusia 25 tahun tersebut.

"Status sebagai pemain dan penuntut sebenar secara tidak langsung memerlukan menghadiri kelas secara atas talian akibat kekangan masa dan sebagainya.

"Namun itu bukan alasan untuk saya mengambil sikap sambil lewa sebaliknya tetap berusaha mengikuti perkembangan pembelajaran dengan sentiasa menghubungi pensyarah dan kerap bertanya soalan kepada rakan-rakan supaya tidak ketinggalan.

“Fakulti saya di UiTM Shah Alam. Masa 2023, saya masuk dalam masa sama sertai Penang FC. Jadi disebabkan saya kena tinggal jauh di Pulau Pinang, tak boleh hadir ke kelas secara face to face.

"Saya belajar sendiri, masuk kelas melalui Zoom dan Google Meet. Saya berhubung dengan pensyarah secara atas talian," kata pemain kelahiran Terengganu itu yang pernah menyarung jersi UiTM FC pada 2018 hingga 2021.

Artikel Berkaitan:

Sebagai pemain bola sepak, Azfar Arif perlu belajar sendiri, masuk kelas melalui Zoom dan Google Meet.
Sebagai pemain bola sepak, Azfar Arif perlu belajar sendiri, masuk kelas melalui Zoom dan Google Meet.

Ditanya mengenai cabaran sebagai pemain dan penuntut, Muhammad Azfar Arif berkata, elemen putus asa tidak ada dalam dirinya walaupun sibuk mengikuti latihan dan juga kuliah.

"Semuanya tidak mustahil kerana paling penting adalah bagaimana seseorang itu mengimbangkan diri apabila berstatus atlet dan juga pelajar.

"Saya pernah rasa nak give up sebab apabila masuk kelas sebab rasa macam zero knowledge. Tapi Alhamdulillah ada kawan-kawan dan supervisor yang selalu bantu saya untuk catch up.

"Kalau ada yang saya tak faham, pensyarah dan kawan-kawanlah yang selalu bantu saya. Apa yang saya boleh kata adalah jangan mudah give up, mental dan disiplin kena kuat. Bila lost, carilah bantuan. Masa main, main. Masa belajar, belajar,” katanya yang turut memasang impian menjadi jurulatih selain membantu perniagaan keluarganya pada masa depan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!