Presiden El Salvador dituduh cuba rampas kuasa

Anggota tentera berkawal ketika Presiden Nayib Bukele mengadakan sesi khas Parlimen pada hujung minggu lalu. - Foto Agensi
Anggota tentera berkawal ketika Presiden Nayib Bukele mengadakan sesi khas Parlimen pada hujung minggu lalu. - Foto Agensi
A
A
A

SAN SALVADOR - Ketua Parlimen El Salvador mendakwa Presiden Nayib Bukele cuba merampas kuasa selepas tentera memasuki bangunan itu ketika beliau sedang menggesa penggubal undang-undang untuk meluluskan pinjaman ketenteraan.

"Bukele cuba melakukan rampasan kuasa terhadap dewan perundangan kelmarin. Kita tidak boleh bertindak balas dengan pistol di acu ke kepala. Kerajaan perlu terlibat dalam dialog," kata Mario Ponce yang juga Timbalan Presiden Parti Komunis Kebangsaan Konservatif (PCN).

Hujung minggu lalu, Presiden mengadakan sesi luar biasa Parlimen untuk meminta badan perundangan itu meluluskan pinjaman AS$109 juta (RM450.89 juta) bagi kegunaan polis dan pasukan tentera dalam menentang kumpulan ganas.

Sebelum Bukele masuk ke Parlimen, polis dan tentera bersenjata yang lengkap memakai perisai badan terlebih dahulu memasuki ruang berkenaan dan berkawal.

Difahamkan, langkah itu tidak pernah dilihat sejak berakhirnya perang saudara El Salvador pada tahun 1992. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!