Terima anugerah ACES, pencapaian tertinggi YBR dalam CSR

Philip ( tiga dari kanan) menerima Anugerah ‘Community Innitiative’ di Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Kelestarian Korporat Asia (ACES) 2024 di Hotel Intercontinental, Bangkok pada Khamis.
Philip ( tiga dari kanan) menerima Anugerah ‘Community Innitiative’ di Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Kelestarian Korporat Asia (ACES) 2024 di Hotel Intercontinental, Bangkok pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Bank Rakyat (YBR) buat julung kalinya menerima Anugerah ‘Community Innitiative’ di Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Kelestarian Korporat Asia (ACES) 2024 pada Khamis.

Penyerahan anugerah yang berlangsung di Hotel Intercontinental, Bangkok itu dihadiri Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang diiringi Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani.

YBR dalam satu kenyataan berkata, pengiktirafan yang diterima adalah atas inisiatif dijalankan pihaknya bagi meningkat sosioekonomi rakyat Malaysia.

"Ia dilakukan menerusi bidang pendidikan serta program kemasyarakatan yang dijalankan sepanjang tahun 2023 bagi membantu mereka kurang bernasib," katanya.

Sementara itu, menurut Philip, anugerah yang diterima merupakan tanda pencapaian tertinggi YBR sepanjang penubuhan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Kenyataan media YBR
Kenyataan media YBR

Tambahnya, sepanjang tahun YBR membantu masyarakat Malaysia yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

"Pengiktirafan tersebut membuktikan kesungguhan serta komitmen kami dalam pemerkasaan masyarakat yang signifikan dengan matlamat pembangunan kelestarian di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

“Oleh itu, kami akan sentiasa komited dan menggandakan usaha dalam memajukan kemajuan pendidikan dan kebajikan masyarakat melalui inisiatif yang memberi impak positif.

"Selain itu, penghormatan yang diberikan ini membuktikan dedikasi YBR dalam menyantuni mereka yang kurang bernasib baik seterusnya sebagai penanda aras untuk terus berbakti dan memacu negara ke peringkat seterusnya,”ujarnya.

Beliau memberitahu, YBR turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjadi sebahagian daripada kejayaan ini.

"Sepanjang tahun 2023 YBR telah membelanjakan sebanyak RM28.35 juta sebagai peruntukan bantuan pendidikan dan pemerkasaan masyarakat," ulasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!