Ketulan emas pertama dikeluarkan di hutan simpan kekal Sokor Taku

Ken Sim (kiri) mendengar taklimat berkaitan pemprosesan emas di tapak perlombongan.
Ken Sim (kiri) mendengar taklimat berkaitan pemprosesan emas di tapak perlombongan.
A
A
A

TANAH MERAH - Tanah di kawasan hutan simpan kekal Sokor Taku, Mukim Sokor Ulu Kusial di sini terbukti mempunyai mineral emas selepas ketulan emas pertama dihasilkan di kawasan berkenaan pada Khamis.

Penemuan emas itu termasuk dalam kawasan seluas 547 hektar yang sudah diteroka dalam dalam tempoh kira-kira setahun.

Ketua Pegawai Operasi Niche Capital Emas Holdings Berhad, Ir Tan Ken Sim berkata, kajian awal di kawasan itu mengesan 17,100 auns sumber mineral berkenaan.

"Lokasi kajian hanya membabitkan lapan hektar daripada keseluruhan keluasan tanah dan kami akan menjalankan penerokaan berterusan di seluruh kawasan ini," katanya kepada pemberita ketika meninjau lokasi perlombongan pada Khamis.

Beliau memberitahu, jumlah pelaburan untuk keseluruhan penerokaan dan proses perlombongan ialah RM50 juta termasuk pembersihan kawasan, penyediaan infrastruktur dan kesemua peralatan khas di tapak itu.

Tapak perlombongan emas di kawasan hutan simpan kekal Sokor Taku, Mukim Sokor Ulu Kusial.
Tapak perlombongan emas di kawasan hutan simpan kekal Sokor Taku, Mukim Sokor Ulu Kusial.

Katanya lagi, sepanjang kerja-kerja pencarian dipantau oleh Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan selain mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).

Justeru, Ken Sim turut memaklumkan, semua proses yang dilakukan di tapak perlombongan itu mengikut syarat yang ditetapkan bagi menjaga alam semula jadi di seluruh kawasan terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Pengeluaran emas pertama ini menampakkan usaha kami selama lebih setahun mengkaji, mencari dan memproses melalui pelbagai kaedah yang ada," katanya.

Kawasan yang dipercayai mempunyai emas akan dipasang peralatan khas untuk tujuan perlombongan.
Kawasan yang dipercayai mempunyai emas akan dipasang peralatan khas untuk tujuan perlombongan.

Tambah beliau, walaupun emas baru sahaja ditemui di kawasan itu, pihaknya menyasarkan kira-kira enam hingga 12 kilogram ekstrak emas sebulan.

"Kita juga akan meneroka dua lagi kawasan seluas 373 hektar dan 910 hektar itu yang akan menjadikan keseluruhan kawasan perlombongan di Ulu Kusial seluas 1,830 hektar dengan pajakan daripada kerajaan negeri selama 12 tahun," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!