Wan Azizah ucap selamat hari lahir buat Tok Ti
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut tidak ketinggalan mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Selamat hari lahir buat penyanyi nombor satu tanah air @CTNurhaliza11, semoga diberikan kesihatan yang sempurna,” katanya menerusi Twitternya @drwanazizah.
[ARTIKEL BERKAITAN:Tok Ti trending hari ni: Segan pun ada ni...]
Siti Nurhaliza yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-40 hari ini turut menjadi soho kini di Twitter menerusi tanda pagar antaranya tokti, #SitiGolden40th dan #SitiNurhaliza.
Penyanyi pop yang merangkul pelbagai anugerah itu merupakan penyanyi Malaysia yang paling berjaya, menerima lebih 300 anugerah tempatan dan antarabangsa dan membuat persembahan dalam lebih 50 konsert sepanjang penglibatan beliau selama 23 tahun dalam industri muzik.
Pada masa ini, anak kelahiran Kuala Lipis tersenarai sebagai antara artis Malaysia yang terkaya, paling berpengaruh, menerima paling banyak anugerah dan menghasilkan paling banyak single. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!