Tidak sabar bertinju, Mike Tyson tampar muka Jake Paul!
MIKE Tyson tidak sabar untuk memakai sarung tangan tinju apabila menampar lawannya, Jake Paul ketika bertemu empat mata buat kali terakhir sebelum perlawanan sebenar berlangsung pagi Sabtu.
Pernah dikenali sebagai 'Baddest Man on the Planet', Tyson yang berusia 58 tahun itu kembali ke gelanggang buat kali pertama dalam tempoh 19 tahun untuk bertinju secara profesional berdepan Paul dalam pertarungan yang dinanti-nantikan di Stadium AT&T.
MIKE TYSON JUST ROCKED JAKE PAUL IN THEIR FINAL FACE OFF pic.twitter.com/XYYQRhNmkj
— Happy Punch (@HappyPunch) November 15, 2024
Ketika kedua-dua petinju ini sudah tidak sabar untuk bertukar tumbukan, Tyson, yang yang mempunyai berat 228.4 paun, menghampiri Paul kemudian menampar petinju berusia 27 tahun itu di muka sebelum memberitahu, "masa untuk bercakap sudah tamat." - Astro Arena
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!